Friday, March 5, 2010

Galeri

Majlis Berbuka Puasa

Tarikh : 30/10/2010 Bersamaan 21 Ramadan 1431H

Program Berbuka Puasa SK Juara yang dianjurkan bersama PIBG telah berjalan dengan lancar. Program dimulakan dengan acara rewang atau dipanggil gotong royong diantara guru-guru dan ibubapa serta orang-orang kampung juara bersama-sama menyiapkan juadah untuk berbuka puasa seawal jam 1.30 petang lagi. Ibu-ibu juga turut membawa kuih-muih yang dibawa dari rumah untuk menambah juadah berbuka puasa. Majlis sebegitu diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru dengan ibubapa, selain memupuk perpaduan antara semua warga masyarakat dalam satu majlis berbuka puasa.


Guru-guru dan ibubapa bergotong royong memasak untuk juadah berbuka

Para guru,ibubapa serta murid-murid menikmati juadah berbuka yang disajikan.





Gotong Royong


Tarikh : 07/02/2010

Semua guru dan staff SK Juara bergotong royong menceriakan kawasan sekolah. Aktiviti gotong royong ini adalah mengecat kantin sekolah, mewujudkan kelas pemulihan, dan menanam pokok-pokok di sekeliling sekolah.


Ustaz Hasmadi(kiri) begitu teliti mengecat dinding kantin sekolah sambil diperhati oleh cikgu khairul.


Wan(baju putih) menunjukkan jurus terhebat mengecat kepada korie...tetapi korie tidak heran langsung..

Huh..penat gak mengecat ni! Bersantai selepas penat mengecat kantin...


Bilik komputer terpaksa di "partition" kan kepada dua bilik kerana kekurangan bilik..Bilik untuk kelas pemulihan akhirnya wujud setelah menanti hampir dua tahun...

Cikgu Azmi dan Cikgu Zul meneliti pokok-pokok yang telah di semai dalam pasu untuk menghias kawasan sekolah.


Inilah sebahagian pokok-pokok yang akan menghiasi kawasan sekolah kita.

2 comments: