Monday, July 25, 2016

Sambutan Hari Raya

Persiapan Sambutan Hari Raya Peringkat sekolah anjuran bersama PIBG SK Juara telah dijayakan secara gotong-royong oleh ibubapa serta guru-guru SK Juara. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih di atas kehadiran ibubapa yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menyediakan juadah sempena sambutan Hari Raya 2016. Persiapan ini bermula sehari sebelum majlis Sambutan Hari Raya 2016 yang diadakan pada hari Khamis, 21 Julai 2016 bertempat di perkarangan kantin sekolah.

 Pada tanggal 21 Julai 2016, Sambutan Hari Raya 2016 telah mulakan dengan ketibaan dif-dif jemputan, dan juga persembahan murid serta ibubapa.

 Hadirin yang hadir tidak hanya dari golongan ibubapa malah penduduk kampung dan pelancong luar negara turut hadir memeriahkan majlis ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan kepada seluruh umat Islam dari kami warga SK Juara.

No comments:

Post a Comment