Saturday, February 22, 2020

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2020


Merentas desa adalah satu sukan yang melibatkan paskan atau individu berlari pada pertandingan lapangan yang terbentang dengan melalui kawasan rupa bumi semulajadi. Lapangan ini biasanya berjarak di antara 4-12 kilometer, yang mungkin melibatkan permukaan rumput dan bumi, melalui hutan dan kawasan desa yang terbentang, termasuk bukit, tanah rata dan jalan berkerikil. Ia adalah sukan individu dan berpasukan yang dinilai berdasarkan masa individu dan markah keseluruhan bagi pasukan.

Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah SK Juara ini dirancang diadakan pada 21 Februari 2020 (Jumaat). Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah ini akan diadakan bertempat di Kampung Juara dan di dalam lembaran ini diusulkan beberapa cadangan pelaksanaan kejohanan merentas desa semoga dapat menjadi panduan, rujukan dan maklum balas pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.


Matlamat Kejohanan Merentas Desa  ini ialah untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baru ke arah kecemerlangan sukan khususnya dalam bidang olahraga agar mereka dapat menonjolkan diri di peringkat Daerah, Negeri dan Negara serta membudayakan minat bersukan untuk kesihatan dan kesejahteraan diri dalam kalangan pelajar.

TARIKH KEJOHANAN
21 Februari 2020 (JUMAAT)

TEMPAT
Kampung Juara, Pulau Tioman




Read More »

Thursday, November 14, 2019

Perkhemahan Unit Beruniform TKRS SK Juara 2019

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFOM TKRS SK JUARA 2019

Pada 18 hingga 20 oktober yang lalu, unit kokurikulum SK Juara telah melaksanakan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS . Seramai 29 orang peserta terdiri daripada tahap 1 dan 2 telah menyertai perkhemahan tersebut.


Talimat Pendaftaran Daripada Komandan Program


Perkhemahan yang dilaksanakan ini merupakan acara wajib yang perlu dilaksanakan dalam perancangan tahunan SK Juara. Pada tahun ini, SK Juara telah memilih Suka-suka Farm sebagai tapak perkhemahan ini. Suasana hutan simpan dengan keindahan flora dan fauna dapat dinikmati peserta sepanjang perkhemahan ini dilaksananakan.






Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah kawad kaki statik, ikatan dan simpulan, gajet mobile, membina tempat perlindungan sementara ( bivouac ), permainan dinamik, halangan dan lain-lain lagi. Disiplin dan jati diri peserta turut diuji dengan pelbagai aktiviti di luar yang membina .


Aktiviti membina tempat berteduh sementara ( bivouac )


Menyusuri Halangan


Mental diuji melakukan sesuatu yang diluar rutin harian mereka


Guru turut menguji laluan halang sebelum aktivi dimulakan sebagai SOP asas pelaksanaan aktiviti.


Mendaki Gunung Datuk





Mak long wakil dari Suka-Suka Farm menerangkan proses menyediakan medium kompos kepada para peserta.

Pihak SK Juara mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat seperti MPKK Kampung Juara, PIBG SK Juara, Ibu-bapa serta semua warga kampung yang terlibat secara lansung mahupun tidak. Semoga program ini dapat ditambah baik pada masa yang mendatang mengikut acuan SK Juara.

Sekian laporan daripada sahabat -Pena Buruk-
Read More »

Tuesday, April 23, 2019

Kejohanan Tertutup Badminton SK Juara









Read More »

Friday, November 23, 2018

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SK Juara 2018

Bahang musim cuti persekolahan 2018 kini sedang hangat di bincang memandangkan cuti persekolahan yang sudah hampir tiba. Lain pula situasinya di SK Juara Pulau Tioman, Seluruh warga SK Juara, PIBG Sk Juara dan MPKK Kampung Juara dan penduduk kampung berganding bahu menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik & Graduasi Pra Sekolah Sk Juara 2018 dimana julungkalinya diadakan di Dewan Juara Mutiara Chalet.





Persiapan Dewan daripada AJK PIBG dan Guru



Program wajib tahunan Sk Juara yang diadakan pada 22 November 2018 ini bertujuan memberikan penghargaan kepada murid-murid yang mencapai kejayaan dalam peperiksaan akhir tahun mahupun kejayaan-kejayaan lain dalam bidang akademik. Sk Juara bijak merebut segala peluang dan ruang yang ada dengan menjadikan majlis ini sebagai pemangkin kehadiran penuh murid 100% ke sekolah pada minggu akhir persekolahan. Murid bermotivasi untuk hadir dan terlibat aktif dalam menjayakan majlis ini .  

Tepat jam 8.00 pagi, ibu-bapa telah berpusu-pusu ke kaunter pendaftaran bagi urusan pendaftaran dan pelaporan murid mengikut kelas. Ibu-bapa yang hadir telah mendapat penjelasan dan ulasan daripada guru kelas bagi membincangkan keputusan prestasi anak mereka di kaunter pelaporan yang disediakan mengikut kelas.


Pelaporan Ibu-bapa bersama Guru Kelas

Majlis dimulakan sejurus urusan pelaporan murid selesai, Cikgu Khairi dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan majlis sebagai MC pada majlis yang berlansung kali ini.





Majlis dimulakan dengan laungan Azan daripada Saudara Mohamad Adib Najwan bin Rahmat -Juara Pertandingan Azan Peringkat Kampung Juara 2018



Ucapan Aluan daripada En Mohd Ali Hanafiah Bin Shafii-Guru Besar Sk Juara



Ucapan daripada perasmi majlis, En Ab Razib bin Ali Awang- pengerusi MPKK Kg Juara


Sebelum penyampaian hadiah dimulakan, Majlis diserikan lagi dengan persembahan mantap daripada kumpulan Ultimate Muzikal Sk Juara yang mendendangkan instrumental lagu Aladom dibawah bimbingan Cikgu Muhamad Aza'at, Ahli kumpulan muzikal ini terdiri daripada gabungan murid tahun 3, 4 dan 5. 



Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar , YDP PIBG dan Perasmi Majlis. Semua tetamu yang hadir juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang di sediakan bagi memeriahkan lagi majlis.









Beberapa gambar penerima anugerah


Majlis turut dirancakkan lagi dengan acara cabutan bertuah yang dikendalikan oleh Cikgu Hasrul Nizam bagi memeriahkan Majlis


















Pemenang hadiah utama cabutan bertuah Tahniahhh Puan Rosmah


Sebelum majlis berakhir, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan tarian modern daripada nurid tahap 1 yang dilatih oleh Belia Kg. Juara.



Setelah selesai majlis penyampaian anugerah kecemerlangan ini, semua tetamu dan murid menikmati jamuan yang disedikan. Terlihat sebak kegembiraan di wajah ibu dan bapa setelah menyaksikan anak-anak mereka berjaya mencapai kejayaan dan dianugerahkan penghargaan. Semoga dengan adanya majlis ini, murid-murid akan lebih bersemangat untuk berusaha mencapai lebih banyak kecemerlangan pada tahun-tahun seterusnya.





Setelah Selesai majlis penyampaian anugerah, kami bergambar sebagai kenang-kenangan




Sekian laporan daripada sahabat -Pena Buruk-




















Read More »

Tuesday, November 20, 2018

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Komuniti Kampung Juara

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Komuniti Kampung 2018 (1440 hijrah) telah diadakan pada hari ini 20 November 2018. Maulidur Rasul tahun ini disambut dengan pengisian pelbagai program bagi melahirkan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.



Antara program yang telah diadakan sepanjang majlis ini ialah perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, pertandingan membaca surah-surat hafazan kategori murid sekolah, pertandingan azan kategori murid sekolah dan belia, persembahan nasyid dan ceramah agama.



Program ini telah dijayakan dengan kerjasama AJK Masjid Kg. Juara, MPKK, PIBG dan SK Juara.



Perarakan sempena Maulidur Rasul


Perasmian Majlis oleh Ketua Kampung Juara


Bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran oleh wakil PIBG


Pertandingan Azan Kategori Murid Sekolah

Wakil Sekolah Pertandingan Azan Kategori Belia

Barisan Juri

Pertandingan Membaca Surah Hafazan

Ceramah oleh Ustaz Hasmadi

Penyampaian Hadiah dan Cenderamata

Read More »