RASIONAL
Murid-murid yang lemah dan gagal dalam peperiksaan merupakan golongan murid yang kerap tidak hadir ke sekolah. Peratus murid yang tidak hadir ini menyumbang kepada peratus penurunan kecemerlangan akademik kerana walaupun sekolah mengadakan pelbagai program ke arah peningkatan akademik pelajar tetapi usaha tersebut tidak sampai kepada sasaran yang sebenar disebabkan mereka tidak hadir ke sekolah. Justeru, program Jom Ke Sekolah ini diharapkan akan dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan pihak sekolah terutamanya Unit Hal Ehwal Murid dalam membantu kecemerlangan sekolah dengan meningkatkan jumlah kehadiran murid ke sekolah.
OBJEKTIF
· Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah.
· Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan murid.
· Meningkatkan keprihatinan sekolah dalam menangani isu kehadiran dan gejala disiplin dalam kalangan murid.
· Meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Bacaan Perutusan KPN, PDRM |
Perasmian oleh Pegawai Perhubungan Sekolah. |
No comments:
Post a Comment