Tarikh : 30/10/2010 Bersamaan 21 Ramadan 1431H
Program Berbuka Puasa SK Juara yang dianjurkan bersama PIBG telah berjalan dengan lancar. Program dimulakan dengan acara rewang atau dipanggil gotong royong diantara guru-guru dan ibubapa serta orang-orang kampung juara bersama-sama menyiapkan juadah untuk berbuka puasa seawal jam 1.30 petang lagi. Ibu-ibu juga turut membawa kuih-muih yang dibawa dari rumah untuk menambah juadah berbuka puasa. Majlis sebegitu diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru dengan ibubapa, selain memupuk perpaduan antara semua warga masyarakat dalam satu majlis berbuka puasa.



Guru-guru dan ibubapa bergotong royong memasak untuk juadah berbuka




Para guru,ibubapa serta murid-murid menikmati juadah berbuka yang disajikan.Gotong Royong
Tarikh : 07/02/2010
Semua guru dan staff SK Juara bergotong royong menceriakan kawasan sekolah. Aktiviti gotong royong ini adalah mengecat kantin sekolah, mewujudkan kelas pemulihan, dan menanam pokok-pokok di sekeliling sekolah.
Sila komen untuk memantapkan lagi blog ini..
ReplyDeleteaku rindu untuk join sama
ReplyDelete