Monday, May 9, 2016

Program Lawatan Dan Perkongsian PdP (Part 1)

Program kecemerlangan UPSR bagi tahun 2016 dirancakkan lagi dengan aktiviti di luar persekitaran Sekolah Kebangsaan (SK) Juara. Aktiviti ini melibatkan lawatan dan perkongsian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di luar sekolah. Pada 7 Mei 2016, murid-murid tahun 6 SK Juara bersama guru pengiring dibawa melawat ke Bukit Gambang untuk menaikkan motivasi dan pendedahan kepada murid. Di Bukit Gambang, murid-murid melakukan aktiviti air di waterpark dan melihat hidupan liar di Safari Park.

Murid - murid bergambar bersama guru sebelum memulakan aktiviti riadah di Bukit Gambang Waterpark.



Keceriaan jelas terpapar di wajah masing - masing setelah seharian bermain air.


Pada 8 Mei 2016 murid-murid dibawa ke Petrosains Yayasan Pahang dan Muzium Sultan Abu Bakar. Siri lawatan dan riadah ke tempat ini semoga dapat memberi pengalaman dunia sains dan satu terapi minda untuk mengurangkan tekanan UPSR yang bakal menjelang.


Calon - calon UPSR 2016 bersedia menimba ilmu di Petrosains.

Murid - murid mendengar taklimat dari fasilitator Petrosains.

Murid mencuba aktiviti yang disediakan di Petrosains.

Aktiviti riadah di Muzium Sultan Abu Bakar.




No comments:

Post a Comment