Tuesday, May 10, 2016

Program Lawatan Dan Perkongsian PdP (Part 2)

Bahagian kedua program ini melibatkan perkongsian PdP(Pengajaran dan Pembelajaran) iaitu aktiviti perkongsian PdP merupakan satu aktiviti membawa calon UPSR 2016 bersama guru terlibat belajar di sekolah terpilih ( cemerlang UPSR 2015) selama 2 hari. Di dalam program ini diharapkan murid dan guru dapat menimba ilmu bagaimana untuk mencapai kecemerlangan khususnya di dalam UPSR. Selain itu ianya sebagai motivasi dan pendedahan kepada murid untuk keluar dari kotak zon selesa pulau. Bagi guru pula, ianya merupakan satu bimbingan dan tanda aras di sekolah yang telah terbukti cemerlang.

Pada 9 dan 10 Mei, murid-murid serta guru terlibat telah berkampung di SK (LKTP) Chini Timur 2, Pekan, Pahang Darul Makmur untuk mencari pengalaman baru dan perkongsian PdP dengan guru-guru di sekolah tersebut.


Murid-murid mendengar taklimat dengan penuh tumpuan.

Murid-murid bersama guru pengiring mendengar taklimat dari Guru Besar SK(LKTP) Chini Timur 2.


Murid SK Juara turut serta belajar bersama-sama dengan murid sekolah terbabit.

Guru-guru SK Juara juga turut telibat dalam perkongsian PdP.

Antara perkongsian idea yang dapat diambil untuk diadaptasikan di SK Juara.

Contoh-contoh bahan yang dapat diguna pakai.

Selesai Program Perkongsian PdP di SK(LKTP) Chini Timur 2.

1 comment: