Friday, August 17, 2018

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-61, Sayangi Malaysiaku

SK Juara telah melancarkan Perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah sewaktu perhimpunan pagi yang telah dikelolai oleh Panitia Sejarah. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Ali Hanafiah Bin Shafii, Guru Besar SK Juara, Rompin.



Gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Juara 2018, disempurnakan oleh Encik Mohd Ali Hanafiah Bin Shafii (Guru Besar SK Juara) diiringi Puan Sharifah Norha Binti Syed Abdullah (Penolong Kanan Pentadbiran).


Majlis Pelancaran ini melibatkan seluruh warga SK Juara, murid-murid dan guru-guru. Beberapa acara telah diadakan untuk memeriahkan Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Juara 2018 kali ini. Seluruh warga SK Juara telah menyanyikan lagu tema sambutan kemerdekaan ke-61 dan beberapa buah lagu patriotik dalam majlis pelancaran tersebut.


Ucapan perasmian Guru Besar SK Juara


Murid mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu patriotik.



Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan ialah pertandingan mewarna bendera Malaysia, melukis poster merdeka, nyanyian lagu patriotik, pakaian beragam tema merdeka, pertandingan teka silang kata, pertandingan kuiz, kembara merdeka, pameran dan kibaran bendera sepanjang bulan Ogos hingga September.






Semua Guru bersama-sama menjayakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Juara, Rompin.



Warga SK Juara bersemangat menyambut Bulan Kemerdekaan.


Diharapkan dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang dapat meningkatkan semangat cintakan Malaysia di kalangan warga SK Juara Pulau Tioman.


No comments:

Post a Comment