Showing posts with label Hem. Show all posts
Showing posts with label Hem. Show all posts

Friday, August 17, 2018

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-61, Sayangi Malaysiaku

SK Juara telah melancarkan Perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah sewaktu perhimpunan pagi yang telah dikelolai oleh Panitia Sejarah. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Ali Hanafiah Bin Shafii, Guru Besar SK Juara, Rompin.



Gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Juara 2018, disempurnakan oleh Encik Mohd Ali Hanafiah Bin Shafii (Guru Besar SK Juara) diiringi Puan Sharifah Norha Binti Syed Abdullah (Penolong Kanan Pentadbiran).


Majlis Pelancaran ini melibatkan seluruh warga SK Juara, murid-murid dan guru-guru. Beberapa acara telah diadakan untuk memeriahkan Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Juara 2018 kali ini. Seluruh warga SK Juara telah menyanyikan lagu tema sambutan kemerdekaan ke-61 dan beberapa buah lagu patriotik dalam majlis pelancaran tersebut.


Ucapan perasmian Guru Besar SK Juara


Murid mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu patriotik.



Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan ialah pertandingan mewarna bendera Malaysia, melukis poster merdeka, nyanyian lagu patriotik, pakaian beragam tema merdeka, pertandingan teka silang kata, pertandingan kuiz, kembara merdeka, pameran dan kibaran bendera sepanjang bulan Ogos hingga September.






Semua Guru bersama-sama menjayakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Juara, Rompin.



Warga SK Juara bersemangat menyambut Bulan Kemerdekaan.


Diharapkan dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang dapat meningkatkan semangat cintakan Malaysia di kalangan warga SK Juara Pulau Tioman.


Read More »

Thursday, August 18, 2016

Sambutan Hari Kebangsaan 2016

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah SK Juara telah diadakan pada tanggal 17 Ogos 2016. Sambutan diadakan secara sederhana, dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti untuk murid-murid memperingati Hari Kemerdekaan ini. Tentatif program adalah seperti berikut :

8.00 Pagi : 
Murid berkumpul di dewan.

8.15 Pagi : 
Murid menyanyikan lagu Negaraku, lagu Pahang dan lagu SK Juara.

8.30 Pagi : 
Ucapan perasmian Sambutan Hari Kebangsaan oleh GPK1.

9.00 Pagi : 
Murid menyanyikan beberapa buah lagu patriotik.

9.30 Pagi : 
Persembahan murid

10.15 Pagi : 
Rehat

10.45 Pagi : 
Tayangan perdana filem Bukit Kepong.

1.00 Ptg : 
Bersurai

Guru-guru menghias dewan dengan Jalur Gemilang.

Murid-murid menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Murid Pra Sekolah turut serta menyanyikan lagu patriotik.

Ucapan perasmian oleh GPK1.

Persembahan deklamasi sajak oleh murid tahun 5 Bestari.
Persembahan murid tahun 4 Bestari.

Tepukan gemuruh untuk murid-murid yang melakukan persembahan.

Murid mengibarkan bendera Jalur Gemilang.

Murid-murid sedang menonton tayangan filem Bukit Kepong.

Lompatan Kemerdekaan oleh murid-murid SK Juara.
Read More »